Kek Coklat Larva Meleleh!







Baru free sikit..ni resepi kek coklat larva viral versi bodo2 by Dapur Bonda πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…..bahan simple ja smua.. ada versi resepi pendek sdan ada yang resepi panjang sikit... boleh la cuba mana yang sesuai dgn anda hokay

Kek Viral Coklat Lava (Resepi versi Pendek)

BAHAN A
2cwn tepung gandum
2cwn gula (saya buh 1stgh cwn jer)
1cwn serbuk koko(saya guna 2bekas kcik tu)
1sudu baking powder(guna sudu kfc yg kcik tu)
1stgh sudu soda bikarbonat(sama sudu kfc)

BAHAN B
1cwn susu cair
1cwn minyak masak
4bjik telur

Campur smua bahan A,gaul rata..GAUL JAπŸ˜…πŸ˜…
Buat lubang kat tgh,masokkan bahan B,kcau lagi smpai sebati..kukus jer smpai 45mnt atau smpai msak..(nak tau msak,cucuk kat tgh gn garfu,klu xlekat tu msakla tu)

BAHAN LAVA DIA
1cwn susu cair
1cwn susu pekat
2sudu marjerin(saya guna 1sudu minyak jer😜)
Serbuk koko agak2la nak gelap mcmna.klu bnyak sgt kang pahit..

masak smbil kacau..biarkan sejuk baru tuang dlm kek tu..ayak serbuk koko atas dia..siapπŸ˜„πŸ˜„.
Senang sgt2 kann..kikiki..
Ada yg xfaham ke? tak paham boleh tengok video kat bawah ni...



Kek Viral Coklat Lava (Resepi Panjang)
Bahan Pertama:
πŸ“ŒSatu (1) cawan serbuk koko
πŸ“ŒSatu (1) cawan gula pasir
πŸ“ŒSatu (1) cawan susu cair
πŸ“ŒSatu (1) cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
πŸ“ŒSetengah (1/2) cawan susu pekat manis
Bahan Kedua:
πŸ“ŒSatu (1) dan suku (1/4) cawan tepung gandum
πŸ“ŒSatu (1) sudu serbuk penaik
πŸ“ŒSatu (1) sudu soda bikarbonat
πŸ“ŒEmpat (4) biji telur
πŸ“ŒSatu (1) sudu esen perisa vanila
Cara-Cara Menyediakan Kek Coklat:
Campuran pertama:
❤️Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.
Campuran kedua:
❤️Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.
Kek Coklat Moist 2
Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Lebih kurang 5 minit macam itu la pukul telur.
Campuran Ketiga:
❤️Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata.
Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata. Pastikan anda campurkannya dengan sekata dan tidak berketul-ketul.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang.
Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist anda tadi.
Tutup loyang anda dengan aluminium foil, ini adalah untuk memastikan wap air tidak kena kek anda semasa mengukus.
Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam
Sementara menunggu kek anda dimasak, anda boleh lah mengambil masa ini untuk menyediakan topping untuk kek anda atau dikenali sebagai ganache. Terdapat banyak cara dan kaedah untuk menyediakan ganache ini.
Cara-Cara Menyediakan Ganache
Cara Pertama:
Bahan:
πŸ“ŒSetengah (1/2) cawan susu pekat manis
πŸ“ŒDua (2) sudu besar serbuk koko
πŸ“ŒDua (2) sudu besar mentega
Cara:
Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
Kemudian masukkan mentega dan tutup api
Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.
Cara Kedua:
Bahan:
πŸ“ŒSetengah (1/2) bar coklat yang sudah di cair dan masak
πŸ“ŒDua (2) sudu besar susu pekat manis
πŸ“ŒSatu (1) sudu mentega atau majerin
πŸ“ŒSatu pertiga (1/3) cawan susu segar
Cara:
Masakkan atas api guna kaedah Double boiler
Jika hendakkan coklat itu pekat, jangan letak susu segar.
Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.


Kek Coklat Lava anda sudah siap untuk dihidang. Kek anda sedia untuk dinikmati seisi keluarga.


Comments