Panna Cotta Strawberry




Strawberry panna cottaπŸ“

Sangat sedap makan sejuk² dgn rasa masam² manis dia tu. Yummy πŸ˜‹

Siapa nak resepi angkat tiakπŸ™†πŸ™† hehe

Resepi kt bawah ye πŸ‘‡πŸ‘‡

Bahan²:
πŸ“strawberry
πŸ“susu segar/whipping cream
πŸ“gula
πŸ“gelatin
πŸ“air panas (nak bancuh gelatin)

πŸ“Cara²:
1. Bancuh 3sb gelatin dgn sedikit air panas. Biar kembang
2. Masukkan 2½ cawan susu segar, esen vanilla dan 1½sb gula. Ikut tekak la nak manis ke x. sy buat kurang manis. Masak guna api kecik smpai susu tu berbuih² kt tepi² then tutup api. Tuang gelatin td dan kacau sebati.
3. Tuang susu td dlm bekas. Ikut la nk guna bekas ape. sy guna bekas dadih tu je. Pastu simpan dlm peti dlm 3-4 jam.
4. Bila susu dah sejuk kita buat sos strawberry pulak.
5. Ambik beberapa bini strawberry. Ikut la byk mana. Pastu blend dgn air dlm 10sb & 2sb gula. Blend smpai betul² hancur.
6. Bancuh 1½sb gelatin dgn air panas. Biar kembang
7.Tapiskan air strawberry td dlm periuk dan panas kan atas dapur. sambil tu rasa la apa yg kurang. Tp jgn manis sgt tau biar ada rasa masam² strawberry tu baru sedap. sy tmbh air sikit sbb tgk mcm x ckup sos tu.
8. Bila sos dah berbuah tutup api dan tuangkan gelatin td. Kacau sebati.
9. Last boleh tuang sos strawberry dlm bekas yg kita dah letak susu td tu. Lepastu biar depa lepak dlm peti dlm 2jam atau lebih.

Makan sejuk² sedap wei. Kalau yg mana nk ambik hati mentua tu boleh la try buat strawberry panna cotta ni.
Kompem mak mentua sayang. Hehhe 




Comments